Kursus Asas Microsoft Office Word Sesi 2
11 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 January 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 2) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office Word. Seramai 8 orang peserta telah menyertai kursus ini. Semasa kursus berlangsung, para peserta diajar dalam menggunakan table, insert picture dan lain-lain lagi dalam membuat latihan menggunakan Word. Dalam menguji pemaham para peserta juga, diakhir kelas diadakan ujian penilaian menukarkan teks kepada bentuk jadual, membuat formula menggunakan simbol yang ada dan menghasilkan letterhead.
Kelas ini bermula dari pukul 01:00 tengah hari sehingga pukul 05:00 petang merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: